Admissions
Home
Main
About Our School
Facility
Top News
Team Work
Admissions
Administration
Article
Academics
Special Info
Activities
Candid photo
Main planning 2012
School Days
PPKI planning
Directions
Links
Contact Us
Charity

Laman Admission menerangkan bagaimana proses untuk memasuki program pendidikan khas integrasi. Laman ini memudahkan ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas mmengetahui maklumat dengan lebih jelas bagi pembelajaran anak-anak mereka.

PENDIDIKAN KHAS 

 

Pengenalan

 

Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:

 

·         Cacat fizikal teruk,

·         Rencatan akal sederhana dan teruk,

·         Pelbagai kecacatan dan

·         Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh kementerian pelajaran malaysia.

 

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, dan murid pemulihan khas. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

 

·         Sindrom Down

·         Autisme ringan

·         Attention Deficit Hyperactivity Disorder

·         Terencat akal minimum, dan

·         Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia).

 

Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.

 

Dasar Pendidikan

 

Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

 

·         Akta Pendidikan 1996, Bab 8.

·         Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.

·         Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

·         Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].

·         Deklarasi Antarabangsa:

·         United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).

·         The World's Declaration on Education for All (1990).

·         The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).

·         The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

·         Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

 

 

Program Pendidikan

 

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

 

·         Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).

·         Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

 

Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

 

Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

 

PROSEDUR KEMASUKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

 

1.        Ambil borang biodata kanak-kanak khas di Bahagian Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri / Daerah / Sekolah

2.        Isi borang dan buat pemeriksaan doktor pakar di Hospital Kerajaan

3.        Borang yang telah lengkap diisi dikembalikan ke Bahagian Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri

4.        Proses Penilaian kanak-kanak

5.        Proses temuduga ibu bapa dan kanak-kanak yang berjaya dalam proses penilaian

6.        Tawaran penempatan ke sekolah yang ada Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

7.        Tempoh Percubaan ( 3 bulan )

8.        Pengesahan penempatan di PKBP

9.        Selesai

 

Penempatan Yang Disediakan

1.        Sekolah Pendidikan Khas

2.        Sekolah Integrasi

3.        Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

 

PENJADUALAN

·         Kelicinan perlaksanaan kurikulum berkait rapat dengan jadual yang dirancang dan ditentukan

 

MATA PELAJARAN

1.        Bersesuaian dengan tahap dan kategori murid. 1 masa p & p 30 minit.

2.        Rujuk sukatan yang telah dibekalkan oleh jabatan pendidikan khas KPM.

3.        Masa p & p kadang-kala tidak bergantung kepada jadual tetapi keadaan kelas dan emosi murid.

4.        Boleh di ubah suai.

 

WAKTU P&P

·         SK : 7.40 pagi – 12.30 TGH (44 m/m)  - 1 waktu 40 minit

·         SMK : 7.45 pagi – 1.15 TGH (44 m/m) - 1 waktu 40 minit

 

 WAKTU REHAT

  •     10 minit lebih awal
  •     Selama 20/30 minit
  •     Di kantin sekolah
  •     Integrasi dengan murid normal

Contoh Jadual

 

Sekolah Khas

Takrif Sekolah Khas

 

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

·  Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

·  Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

 

Prasekolah

 

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

·  berumur 6+ hingga 14+ tahun

·  disahkan oleh pengamal perubatan

·  dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

 

Pelajaran Rendah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

·  berumur 6+ hingga 14+ tahun

·  disahkan oleh pengamal perubatan

·  dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

 

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

 

Pelajaran Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

·  Berumur 13+ hingga 19+ tahun

·  disahkan oleh pengamal perubatan

·  dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

 

Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

 

Pendidikan Teknik dan Vokasional

 

i)Sekolah Khas


Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

 

ii)Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

-Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
-Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
-Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
-Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
-Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
-Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

 

Tempoh Pengajian

·  Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

·  Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.

·  Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

 

Maklumat Lanjut :
Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Admissions
   

buttontop.jpg

GO TO PPKI BLOG

Our School