|
 |
Bahagian yang penting dalam program khas adalah aktiviti. Laman Aktivities menerangkan perancangan
dan kejayaan yang telah dijalankan. coretan dan gambar adalah berdasarkan maklumat yang didapati dalam program dalaman dan
luaran pendidikan khas sekolah.
PROGRAM DAN AKTIVITI PPKI
AKTIVITI PPKI DARI BULAN JULAI HINGGA NOVEMBER
|

Genting Highland - 18 ogos 2009
PPKI sekolah telah mengadakan lawatan ke Genting Highland bagi menyambut bulan kemerdekaan bersama pihak
pengurusan Genting. Sambutan ini ditaja oleh pihak Genting Highland dengan usaha sama pihak kerajaan bagi meraikan orang
istimewa.
|

|
Kenangan bersama sukarelawan...
|
|
Mesyuarat Biro Kebajikan PPKI kali ke 2
15.8.2009
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan mengenai aktiviti yang berkaitan dengan murid PPKI.
Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan murid juga dibincangkan. mesyuarat mendapat kerjasama yang baik oleh AJK ibubapa
dan juga guru.
|
AKTIVITI PPKI DARI BULAN JANUARI HINGGA JUN
|
Giant Besar Kelana Jaya - 29 April 2009
Lawatan sambil belajar ke Giant Besar Kelana Jaya diadakan selang tiga hari dari acara sukan sekolah. Walaupun belum pulih
dari keletihan namun murid-murid masih bersemangat mengikuti acara yang dijalankan. Aktiviti ini telah dijalankan oleh kelab
keusahawanan dengan kerjasama dari pihak pengurusan sekolah terutamanya guru-guru PPKI.
|

|
SK SRI KELANA - 26 April 2009
Pada 26 april 2009 SK Sri Kelana telah mengadakan Kejohanan Sukan Pringkat sekolah. Acara sukan yang kebiasaannya dijalankan
di stadium mini Kelana Jaya ini telah dibuat di padang sekolah. Telah dua tahun sukan peringkat sekolah diadakan di sekolah
ini dan mendapat sambutan yang baik di kalangan ibubapa.
|

|
HULU LANGAT - 8 APRIL 2009
Sepanjang tahun PPKI Sri Kelana telah menyusun aktiviti kepada murid. Adalah menjadi kewajipan guru untuk mengadakan aktiviti
bagi program jarak dekat dan jauh. Salah satu program yang telah diadakan ialah lawatan dekat ke Hulu Langat Selangor.
Pelbagai aktiviti telah diatur dalam program lawatan ke hulu Langat ini. AJK pelaksana seperti bahagian pengangkutan,
makanan, keselamatan, dan permainan diwujudkan bagi melancarkan aktiviti.
|

|
SK SRI KELANA - 27 mac 2009
Maulidul rasul adalah hari yang mempunyai makna yang tinggi bagi penganut agama Islam. Bagi menerapkan nilai murni dan kebertanggungjawapan
kita terhadap agama maka acara ini menjadi satu kewajipan dipihak sekolah untuk mengadakan sambutan. PPKI di sekolah Sri Kelana
juga tidak ketinggalan bagi mengikuti acara yang cukup simbolik dalam agama islam.
|

|
STADIUM MINI SHAH ALAM - 22 MAC 2009
Kejohanan olahraga peringkat Daerah Petaling Utama dianjurkan oleh bahagian pendidikan khas Petaling Utama Selangor. Terdapat
lima buah sekolah intergrasi pendidikan Khas yang terdapat di Daerah Petaling Utama. SK Sri Kelana merupakan salah sebuah
sekolah yang mempunyai murid yang ramai.
Murid yang menyertai pertandingan telah dipilih dalam sesi pemilihan yang diadakan sebelum pertandingan. Murid yang telah
melepasi tahap yang telah ditetapkan akan disenaraikan. Murid yang terpilih juga akan diberi latihan supaya tahap kecerdasan
murid sentiasa berada pada tahap yang optimum.
|

|
PPKI SK SRI KELANA - 19 MAC 2009
Minggu matematik telah diadakan pada bulan mac 2009 oleh panitia matematik PPKI. Pelbagai acara telah dirancang dan dilaksanakan
dalam minggu matematik. AJK dibentuk bagi melicinkan acara pada minggu matematik di mana pelbagai aktiviti pertandingan telah
dijalankan.
Acara dalam pertandingan dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap rendah dan tinggi, tahap rendah terdiri daripada kelas
K10 hingga K5 dan tahap tinggi terdiri daripada kelas K1 hingga K4. acara bagi tahap rendah adalah seperti mencari bola yang
mempunyai nombor yang sama dengan bantuan oleh rakan tahap tinggi.
|
|
SK DESA PETALING 1 - 12 MAC 2009
Majlis tilawah peringkat daerah dan juga kebangsaan telah diadakan setiap tahun bagi memenuhi aktiviti murid berkeperluan
khas. Pertandingan dalam majlis Tilawah Al_Quran dijalankan dalam kategori sekolah rendah dan menengah.
Pelbagai acara yang dipertandingkan dalam acara ini seperti pertandingan hafazan, azan, khat, dan juga bacaan surah pendek.
Acara ini diadili dalam pelbagai aspek dan bergantung juga kepada bakat pelajar.
|

|
PPKI SK SRI KELANA - 14 FEBRUARI 2009
Pada 14hb Februari 2009 Biro Kebajikan PIBG PPKI telah mengadakan mesyuarat, yang bertempat di Dewan Sri Budiman Sek. Keb.
Sri Kelana. Pendaftaran telah dijalankan pada 12.00tgh hari dan berakhir pada pukul 3.00 ptg. Pengerusi Majlis pada mesyuarat
tersebut ialah Pn Jayanthi. Mesyuarat di mulakan dengan ucapan dari Penasihat Biro Kebajikan PIBG PPKI SK Sri Kelana iaitu
Pn. Chen Siew Chin dan diikuti oleh Pengerusi Biro Kebajikan iaitu En Astor Nuddin. Kehadiran mesyuarat kali ini mendapat
sambutan yang baik daripada pihak ibu-bapa dan guru-guru.
|
AKTIVITI DALAMAN PPKI

|
TERAPI TAEWANDO
Aktiviti taekwando merupakan satu terapi yang baru dijalankan dalam
program PPKI. Selain terapi Sensry intergration (SI) dan renang murid juga didedahkan dengan asas ilmu pertahankan diri. Keutamaan
diberi kepada murid yang mampu mengurus diri dengan baik disamping dapat memahami arahan dan tunjuk ajar. kegiatan ini terbuka
kepada semua murid dengan bayaran yang berpatutan dikenakan. Jurulatih yang bertauliah juga menjamin keberkesanan terapi ini.terapi
takwando dijalankan pada setiap hari selasa bermula jam 8.30 hingga 9.30.
|

|
TERAPI RENANG / HIDROTERAPI
Teknik Hidroterapi atau terapi air ialah rehabilitasi
yang menggunakan air sebagai alat terapi samada untuk memulih kecederaan atau sebagai alat bantu untuk mengembangkan kebolehan
fizikal, emosi dan juga mental terutama kanak-kanak istimewa. Di mana, seseorang itu boleh menjalankan latihan pengerakan
dalam permulaan dengan bantuan daya apungan air. Air dapat mengapungkan atau menyokong berat badan seseorang itu semasa beliau
melakukan pengerakan. Ini mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas anggota badan. Serta dapat melatih seseorang itu
mengawal imbangan badan dan sebagainya.
|

|
PERKEMBANGAN STAF
Sesi perkembangan staf di kalangan guru PPKI dijalankan pada setiap
minggu. Tajuk yang biasa dibincangkan berkaitan dengan cara kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sesi ini memberi
faedah kepada smua perancangan dan pelaksanaan sepanjang tahun. Guru juga sentiasa berdedikasi terhadap tugas dengan adanya
sesi ini.
|

|
KEMAHIRAN HIDUP
Perkebunan merupakan satu kemahiran yang perlu kepada setiap murid
terutamanya murid khas. Mata pelajaran ini diajar pada murid yang telah mempunyai kemahiran berdikari selain boleh melakukan
kerja. Kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti menanam pokok sayur-sayuran membolehkan murid mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan kemhiran yang lain seperti memasak, bertukang dan menjahit yang menjadi satu
teras dalam program PPKI.
|

|
GERKO PPKI
Aktiviti permainan catur adalah salah satu aktiviti
Gerko yang diadakan pada setiap hari Rabu pada minggu pertama dan ketiga. Selain catur, permainan congkak, dam, puzzle dan
karom adalah permainan yang biasa dijalankan. Aktiviti Gerko memberi peluang kepada murid PPKI untuk melakukan aktiviti yang
digemari. Kesihatan dan kecedasan murid dapat dicapai apabila pelbagai lagi aktiviti seperti permainan luas, kelab keusahawan
dan pengakap dijalankan.
|

|
PELATIH GURU / JURUPULIH PRAKTIKUM
Pelatih jurupulih cara kerja (OT) dari hospital
Sungai Buloh menjadikan SK Sri Kelana sebagai tempat untuk mereka menjalani latihan praktikum. Pemulihan Cara Kerja ialah
rawatan pemulihan melalui aktiviti spesifik keatas pesakit yang menghadapi masalah fizikal, psikologikal, atau sosial, bertujuan
membantu mereka mencapai tahap keupayaan yang maksima supya berdikari di semua aspek kehidupan harian.
|

|
pada hari isnin setiap minggu Perhimpunan adakn diadakan di sekolah. Murid PPKI juga turut
sama mengikuti perhimpunan pagi. Perhimpunan sebelah pagi boleh mendidik murid supaya lebih berdisiplin.
|
|
 |
|
Contact us for additional information
|
|
|
 |